Insan Bergelar Guru

Guru pembakar nusa dan bangsa,
Tiada mu guru ibarat malam gelap gelita,
Kewujudanmu petanda khabar berita,
yang mampu memecah kesedihan senja,
sewaktu anak bangsamu keadaan buta.
Wahai guru dan pensyarah,
Pengorbanan mu selama ini tidak pernah dilupa,
untuk membangkitkan bangsa berjaya,
untuk memacu ke persada dunia.
Telah banyak kau telan lara,
Tanpa mengendahkan akan kerja,
walau pahit dan getir kau telan jua.
Namun, ku bersyukur kepada-Nya,
kerana dengan ilmu mu aku jadi manusia,
mengenali apa itu agama,
apa itu dunia,
Wajarlah jika disebut engkau ibunda kedua,
yang mendidik sepanjang usia,
jasamu banyak tidak terkira.
Wahai guru,
walaupun engkau semakin tua,
jasamu tetap dikenang jua,
ku berharap kelak tempatmu disyurga,
kerana engkau amat bermakna.
Usahlah bersedih wahai guru,
dalam mendidik anak bangsamu,
tanpa mengenal erti jemu,
tanpa mencari kekayaan beribu-ribu,
tetapi jasamu tidak terhitung dikalbu,
kan ku kenang jasamu selalu,
semoga syurga firdaus buat mu guru. 


Mohd Hakimi Zainulabiddin
Setiu, Terengganu.

Comments

Popular Posts