Surat Cinta Untuk Ibu
Pepatah dahulu ada menyebut, "tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi". Itulah pepatah yang sinonim dan terbaik untuk seorang kekasih hati bergelar ibu. Sayu bercampur haru akan pengorbanan mu selama ini wahai ibu. Kejayaan mu membesar dan mendidik anak-anakmu dari buaian hingga ke alam pengajian tinggi seterusnya menempuh alam rumah tangga pula. Tanggal 13 Mei, seluruh tanah air malah seluruh dunia akan mengucapkan "selamat hari ibu" kepada sang ibu yang telah banyak pengorbanan dalam rumahtangga. Anakmu ini juga tidak lepas untuk mengucapnya. Walaupun kita berjauhan malah dekat di hati. Kebiasaannya apabila hari ibu kunjung tiba, ada yang menyambutnya dengan memberikan hadiah ada juga yang hanya mengucapkan sahaja kerana kekangan belajar dan kerja di luar negeri. Tidak mengapalah asalkan kita menghargai jasa pengorbanan seorang ibu. Ibu tidak lain tidak bukan adalah untuk anaknya dahulu diasuh sekarang menghargainya. Aku sendiri teringat akan kenangan indah sewaktu kecil dahulu dimana aku membelikan sehelai kain tudung untuk dipakai oleh ibuku. Sungguh nampak cantik sekali. Pada waktu itulah, ibu lantas memeluk dan mencium dahiku akan hadiah itu. Apa yang lebih menarik sekiranya hari ibu ini berada pada hari cuti umum smua ahli keluarga, abang dan kakak akan pulang ke desa untuk menyambutnya bersama ibu. Pada keesokkannya pula kami sekeluarga akan menyambut pula di rumah nenek sebelah bapa atau ibu. Sememangnya hari ibu bagi adalah hari yang bermakna untuk menghargai jasa ibu dan kami dapat berkumpul dalam satu keluarga yang besar. Semoga pembaca artikel saya juga dapat merasai kemanisan hari ibu bersama ibu tersayang dan para ibu di luar sana memperoleh kesihatan yang baik.

Comments
Post a Comment