Suasana di Bulan Ramadhan
Setiap tahun dalam Islam mengandungi 12 bulan antara bulan yang dimuliakan Allah S.W.T adalah Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulhijjah, Rabiul awal. Bulan Ramadhan adalah bulan paling mulia di antaranya kerana banyak janji Allah S.W.T akan kandungan yang ada dalam bulan tersebut. Bagiku menyambut bulan Ramadhan di tempat kelahiran dan tempat orang tidak sama meskipun budaya dan adatnya sama. Hal ini kerana menjalani ibadah puasa bersama yang tersayang adalah paling bermakna. Kebiasaannya, pada awal Ramadhan, aku akan ke masjid berhampiran dengan rumah bersama ayahku untuk menunaikan solat sunat terawih. Kami akan menaiki motosikal untuk ke masjid. Pada masa itu, giliran nama ayahku untuk menyediakan 'moreh' iaitu santapan setelah mengerjakan solat sunat terawih. Pada waktu itulah, kami anak-beranak akan menyiapkan dan menghidankan kuih-muih kepada para jemaah masjid. Pada waktu itu, penat lelah kami dihargai kerana segala juadah yang disediakan kami habis. Itu amat melegakan kami. Kami berpuas hati walaupun penat. Pada waktu petang pula, kebiasaannya, ayah akan membawa ku untuk ronda-ronda kampung sambil mencari kuih dan air untuk juadah berpuasa. Pada saat ini sekalipun walaupun aku sudah dewasa, sekiranya aku pulang ke kampung ayah akan membawaku ke bazaar ramadhan ataupun ronda-ronda kampung sementara menunggu ibu dan kakak menyediakan juadah berbuka puasa. Berbeza pula dengan situasi di alam universiti, aku menjalani ibadah puasa sepi tanpa mereka tetapi aku juga ditemani teman-teman yang akrab. Tetapi adakalanya aku berbuka puasa sendirian, itulah ku tempuhi Ramadhan kali ini. Makanan berbuka puasa juga aku hanya bertemankan nasi yang dibungkusan beserta air yang diikat tepi. Walaubagaimanapun, itu tidak menjadi masalah kerana pengalaman mematangkan usia.

Comments
Post a Comment