Tenggelamnya kapal van derwijdk..

    Menerusi pembacaanku di sebuah artikel karya "Buya Hamka", ia mengisahkan seorang wanita yang pada zaman 30-an yang bernama Hayati hidup dalam suasana masyarakatnya penuh dengan adat dan tatatertib. Kisah ini mengisarkan tentang kehidupan Hayati yang hidup dengan mewah dan kekayaan sehingga dia alpa akan asal usul malah janji terhadap cintanya juga turut ternoda. Seorang jejaka bernama Zainuddin merupakan seorang budak lelaki yang tinggal bersama datuk dan neneknya membesar dalam keadaan yang sederhana, berbeza dengan kehidupan Hayati yang merupakan anak kepada Ketua Adat Minangkabau. Kisah percintaan Hayati dan Zainuddin mula berputik setelah mereka berjumpa di salah sebuah pesantren di Sumatera Barat. Di situlah mereka mula belajar dan berkenalan antara satu sama lain. Keluhuran budi pekerti dan kehebatan Zainuddin di pesantren itu telah memukau hati Hayati yang kagum dan mulai jatuh cinta kepadanya. Tidak lama kemudian, kisah percintaan mereka lama-kelamaan diketahui oleh Ketua Adat iaitu bapa Hayati sendiri. Hal ini kerana khabar berita ini diperoleh daripada orang-orang Minangkabau sendiri. Pabila mendapat tahu, lantas Ketua Adat memanggil Hayati ke rumah adat minangkabau. Ketua Adat mulai berang kerana selama ini menyangka Hayati seorang wanita suci malah ada perhubungan sulit dengan Zainuddin. Dengan perkara ini, tidak langsung mencemarkan suku kaum Minangkabau dan juga nama baik Ketua Adat kerana berpacaran dengan lelaki tidak kenal dan diketahui suku kaumnya. Akhirnya, Zainuddin dipulau dan diusir keluar daripada mukim itu. Dengan hati yang hiba terpaksa direlakan jua. Perasaan Zainuddin terhadap Hayati enggak pernah pudar ditelan arus sekalipun. Kerana dia percaya jodohnya bertemu Hayati akan berjumpa juga. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, ada saja warkah daripada Zainuddin kepaada Hayati, kemudian dibalas oleh Hayati sejurus selepas itu. Menjelang beberapa tahun selepas itu, warkah Zainuddin tidak lagi dibalas oleh Hayati. Entah mengapa. Mungkin kehidupannya sudah senang ataupun dia telah punya pekerjaan di kota. Pada suatu ketika, sewaktu acara tahunan lumba kuda di Palembang, Zainuddin terserempak dengan seorang wanita mirip wajah Hayati dengan berpakaian moden dan menawan bersama seorang jejaka yang tidak dikenal bersamanya. Dia lupa akan diri Zainudin yang selama ini menjadi pelita dalam hidupnya. Pada suatu malam, Zainuddin mengutus surat kepada Hayati dengan alamat yang sama, namun balasan terhadap surat itu berbalas hampa dan menyakitkan mengatakan yang dia telah hidup senang bersama seorang pemuda, dan jangan mengutus surat untuknya lagi. Perasaan Zainudin sewaktu itu ibarat 'kaca terhempas ke batu'. Namun apakan daya, segalanya takdir telah menentukan. Dia terpaksa menanggung hati dan jiwa yang merana kerana menunggu idamannya bertahun-tahun. Oleh itu, kita janganlah tamak akan kekayaan yang ada di dunia ini dan jangan pula kita terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti untuk kita.

Comments

Popular Posts