Angin Pilihan Raya


Sebuah negara demokrasi semestinya akan melalui detik-detik mendebarkan kerana pemilihan pemimpin adalah terletak pada jari rakyat. Tempoh 5 tahun bagi sesuatu kerajaan adalah salah satu tempoh yang lama untuk membangunkan negara tercinta ini. Bagi sesebuah negara yang stabil, keharmonian dan keamanan disaluti dengan perpaduan kaum yang berbilang bangsa perlu dikekalkan kerana ia merupakan tunjang kepada kemajuan sesebuah negara. Tanggal 9 Mei baru-baru ini, semua rakyat Malaysia telah memilih kerajaan baharu sebagai peneraju utama negara. Bagi rakyat Malaysia, tarikh ini adalah hari yang bermakna untuk bersama keluarga tercinta selain menunaikan kewajipan kepada negara. Kesesakan lalu lintas samada utara selatan mahupun timur barat seakan-akan warga Malaysia pulang menyambut hari lebaran yang kunjung tiba. Pada waktu itulah, para ahli keluarga meluangkan masa bersama ada yang menghabiskan masa melancong ke sana sini, ada yang beristirehat dan ada yang berkelah. Itulah nikmat sekiranya pulang ke kampung. Saya pula pada waktu itu, menghabiskan masa dengan kerja-kerja kuliah yang masih belum siap. Terdetik dalam fikiran, indahnya jika bersama keluarga bersama ini, namun apakan daya. Pelajaran adalah satu kewajipan keatas seorang yang bergelar pelajar. Apa yang penting bagi diri saya adalah membawa satu gulung ijazah kemenangan buat ayahanda dan ibunda tercinta. Ramadhan yang kini tiba akan ku pulang ke desa jua, untuk menjalankan ibadah puasa bersama-sama.


Comments

Popular Posts