Kemanisan Sebuah Pengalaman..
Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai pengalaman manis dan pahit tersendiri.
Aku pernah mendengar nasihat dari seorang ustaz sewaktu kuliah maghrib dimana dalam kata-kata beliau, "umat Islam semakin membesar dan matang, dia akan bertanggungjawab memikul amanah yang diberikan, itulah ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya". Jika dikatkan dengan kehidupanku pula sementelah aku berjaya menyambung ke Universiti Putra Malaysia, aku mulai merasa kehidupan seorang yang dewasa perlu berdikari menempuh onak dan duri. Tapi itu bukan alasannya, kerana sebelum ini aku pernah tinggal di asrama. Pada waktu ini, aku berada pada semester ke-4 iaitu pertengahan perjalanan di alam universiti. Pada semester ini juga aku banyak mempelajari nilai-nilai etika dalam pengurusan dan kepimpinan dalam pertubuhan mahasiswa kolej yang dikenali sebagai "Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 14". Selain itu, aku juga melibatkan diri dalam kepimpinan exco ekonomi Kelab Debat Bahasa Arab dan juga memegang jawatan biro Bakti dalam pertubuhan Pembina Upm. Pada awalnya, aku tiada pengalaman dalam kepimpinan dan pengurusan, bukan setakat itu, hendak membiasakan diri dengan orang ramai pun aku tidak pandai. Sepanjang satu tahun inilah, betapa aku mengerti sebuah jalinan silaturrahim dapat memperkukuhkan tali persaudaraan. Lama-kelamaan aku membiasakan diri dengan sekeliling dan kawan sejawatanku. Barulah aku dapat melakukan kerja dengan komitmen sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, banyak yang aku pelajari daripada pengalaman ini, iaitu sabar dan tabah menghadapi sesuatu ujian itu adalah penting disusuli dengan pemikiran kritis untuk menyelesaikan masalah bersama. Selain itu, aku mendapati bekerja secara bersendirian tidak membantu kepada kemajuan diri kerana kita sebagai manusia memerlukan hubungan dengan manusia lebih dikenali dengan 'muamalat'. Sebagaimana dikatakan dalam hadis nabi حبل من الله و حبل من الناس iaitu maksudnya jaga hubungan dengan Allah S.W.T dan manusia juga. Banyak kelemahan yang tidak kena dengan diriku, dapat aku pulihkan satu persatu. Walaupun, jerit payah ku tempuhi sepang tahun ini, ianya memberi impak positif kepada diriku dan kenangan di alam universiti ini adalah suatu memori indah pabila aku bekerjaya kelak.

Comments
Post a Comment