Susunan Keindahan Bahasa yang Terpendam
Dalam meniti arus kedewasaanku, aku mendapati banyak perkara yang terlintas di penglihatan dan mindaku selama ini. Tidakku sangka tidakku duga. Rupanya ia hampir denganku. Namun, setelah aku memasuki ke kelas kuliah BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif yang dikendalikan oleh seorang pensyarah yang berpengalaman, aku mula terfikir, rupanya telah banyak gambaran ilham sebelum ini yang terlintas di penglihatanku tidak ku realisasikan dalam bentuk penulisan kreatif. Hal ini kerana jiwaku mulai terkesan akan keindahan susunan kata dalam penghasilan sesebuah karya kreatif. Apa yang bermain dalam fikiranku sebelum ini ianya adalah benda biasa yang tidak dipedulikan. Namun, penghasilan sesebuah karya bukanlah perkara susah ia memerlukan kekreatifan seseorang yang telah dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap manusia. Ilham atau idea masing-masing berbeza. Benarlah di dalam al-Quran selalu menyebut bahawa manusia dilahirkan adalah untuk berfikir berbeza dengan haiwan atau binatang. Ilham merupakan pemberian daripada sang Maha Pencipta, Allah S.W.T yang ingin menjentik sanubari manusia ke arah mengenali ya Rabb Al Alamiin. Bagiku, bidang penulisan karya boleh kepada beberapa cara. Bagiku sendiri aku lebih berminat membaca artikel-artikel berunsur keagamaan dan politik, artikel lain aku juga membeleknya tapi tidak sekerap artikel agama. Andai kata, ada jiwa-jiwa di luar sana yang ingin mencenderungkan diri ke arah penghasilan karya, saya sarankan agar kamu semua teruskan!!

Comments
Post a Comment