Dimana Letaknya Nilai Kesusilaan..
Wahai anak muda penunjang bangsa, adakah engkau lupa asal keturunan kita? Yang dahulunya penuh dengan adab dan akhlak diwarisi turun-temurun. Dari manakah kita sebenarnya? Tidakkah engkau teladani daripada penghulu agama kita? Sedih mendengarkan hari demi hari, segala berita ditujukan kepada wahai anak muda. Usah dengar berita yang baik malah kau bawakan musibah besar kepada bangsa, agama dan negaramu. Ada sahaja perkhabaran buruk mengenaimu. Dimanakah sifat kesopanan dan kesusilaanmu yang dinyatakan dalam rukun negara kelima. Tambahan lagi, saranan agama juga tidak kau endahkan. Dulu apabila ditanyakan mengenai masyarakat Malaysia, rata-rata bangsa luar memuji akan kesopanan dan keramahan masyarakatnya, sekarang bilangan semakin berkurang tetapi masih ramai juga yang masih mengikut acuan yang ditetapkan, bak kata pepatah "sempurna kuih kerana acuannya". Rata-rata zaman ini dikaitkan dengan ketandusan akhlak seperti tidak menghormati orang tua, vandalisme, rogol, bunuh, kaki botol dan rempit. Jika dikatakan salah siapa sebenarnya? Adakah anak itu sendiri atau kedua orang tuanya atau dikaitkan dengan akhir zaman? Bagi sesetengah pihak mengatakan " alah.. apa nak dipedulikan, sudah memang manusia akhir zaman. Ya, memang kita berada di akhir zaman tidak dinafikan lagi tetapi adakah kita sebagai umat Islam menunggu bala atau musibah dahulu sebelum kita menegur saudara kita? Fikir-fikirkanlah. Kita sebagai khalifah di atas muka bumi seharusnya merenung dan muhasabah akan kejadian berlaku. Dimana dalam Al-Quran ada menyebut, "Allah S.W.T tidak akan merubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri merubahnya". Oleh itu, wajib keatas kita mengambil serius akan kejadian yang menimpa kepada anak dan masyarakat kita. Semoga tibanya bulan Ramadhan yang diberkati ini, kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan bermuhasabah ke arah lebih baik. Wallahua'alam...

Comments
Post a Comment